Thursday, February 18, 2010

Petua Awet Muda *kenapa panggil petua? pesanan orang-orang tua??



 
*Buku dari Dato' Sarimah Ahmad...

 1. Sejurus bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Amalkan 
Rasulullah s.a.w : minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas .Amalkan setiap hari.

3. Baca ayat 35 - 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula2 nak mandi. 

4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja.
Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

5. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan  juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur 

7. Senyum selalu, jangan busuk hati…

8. Berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman

9. Paling penting….JANGAN TINGGAL SOLAT!!



p/s : Semua di atas hendaklah di amalkan selalu setiap hari yer..Insyaallah~ MyEm0.Com



No comments:

Post a Comment