Thursday, February 11, 2010

Feeling~


Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan ku....

Ada orang bgtau aku yang bukan hidup aku aje yang ditimpa dugaan. 
Hidup ini memang lautan dugaan yang perlu kita redah. Hatta kehidupan itu sendiri merupakan ujian oleh ALLAH SWT.
 
Aku penah baca...” Kehidupan yang tiada masalah maka itu bukan kehidupan namanya”

Malah ALLAH SWT berfirman,
” Apakah kamu berfikir kamu akan dibiarkan untuk menyatakan kami beriman sedangkan kamu masih belum diuji?”

"Apabila kita diduga, sebenarnya kita perlu kembali kepada ALLAH SWT dan bermuhasabah. Sesungguhnya, manusia-manusia yang diduga itu ada dua kemungkinannya. Pertama, ALLAH ingin mengujinya sama ada keimanannya benar atau tidak, kedua, ALLAH mahu menurunkan bala kepadanya sebagai kifarah dosanya.

ALLAH itu adalah PENCIPTA kita. DIA tidak akan sesekali zalim kepada hamba-hambaNYA. Sifat kasih sayang dan pengampunNya jauh lebih luas dari kemurkaanNya. Maka kitalah yang kena bersangka baik apabila ditimpa ujian oleh ALLAH SWT. Kita tidak boleh membiarkan diri kita lemah, hendak sugul, hendak rasa kecewa, hendak rasa malas kerana ujian yang menimpa atas kita.

Jika kita membiarkan diri kita dalam kesedihan dan ketidak kuatan secara berpanjangan, itu sebenarnya adalah bukti bahawa keimanan kita, hubungan kita dengan ALLAH SWT adalah amat lemah.
Kenapa? Sebab ALLAH berjanji bahawa DIA amat dekat dengan kita. Maka apakah pantas  untuk kita bersedih-sedih berpanjangan atas satu musibah?

Jika bersedih, maka ceriakanlah diri. Sedih berpanjangan hanya merosakkan hati. Sedih memang fitrah, tetapi janganlah sehingga syaitan memperkudakan kesedihan kita. Sedih sampai tak nak buat kerja, sedih sampai tak mahu lagi berusaha, sedih terus berkurung dalam bilik sahaja, ternyata sedih-sedih begini tidak dianjurkan oleh ISLAM.

Jadi kita muhasabah dua perkara. Pertama, kita perlu fikir bahawa ujian itu daripada ALLAH dan ALLAH tidak akan menzalimi kita. Kita kena meneguk hikmah dalam segenap ujian yang menimpa kita. KEdua, kita boleh bersedih jika terjadi sesuatu yang mencalarkan hati kita. Tetapi kita tidak boleh terus tenggelam dalam kesedihan. Mesti mampu menarik diri kita keluar dari kesedihan itu dan meneruskan langkahan perjuangan.

Aku tahu dan paham yang hidup siapa yang tidak diduga? Aku juga tahu yang hidup semua orang diduga, dan aku tahu bahawa dugaan Rasulullah SAW dalam membawa IMAN dan ISLAM sehingga kita dapat kecapi dua nikmat agung itu hari ini, jauh lebih menyakitkan dan memeritkan dari segala apa dugaan yang aku pernah lalui.

Aku penah baca yang....
” Manusia yang berani menongkah masalah ini, dia akan menjadi kuat. Seperti mana seorang perenang yang melawan ombak. Makin kerap dia melawan ombak, maka otot tangannya akan menjadi semakin kuat.”

Tolong la ya Tuhan...bangunkanlah aku dari kesedihan...
"Allah swt tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan kita.."

Aku akan pegang bahawa..
"ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG BENAR DAN SABAR !!"

Semoga tuhan mengampuni dosa-dosa ku dan lindungi aku dari segala kejahatan di dunia dan akhirat..~Wallahua'lam...

1 comment: