Friday, October 22, 2010

Ada berani?

There’s a Malay saying that goes: berani kerana benar, takut kerana salah. Maksudnya: why would one be afraid if one has no fault? This have been tested true over and over again. Unless you’re extremely good, you would not be able to cover up your naughty acts. How do you defend guilt before truth?

Korang penah main police & thief? kenapa polis kejar pencuri? kenapa pencuri lari bila kene kejar polis? Simple. Sbb takut wat salah pastu lari la. Dh kene tangkap terpaksalah tadah terima hukumannya kan. Lainla kalau korang mmg tk salah kan, so wat pe nak lari? motif ko lari kalau ko tk salah??? 

 sila tgk pemuda dlm bulatan. gembira je kan? itu tandanya die tk salah. die tk takut sbb die berani. hahahha

Nak buktikan ko salah tkkan nk kene masuk mahkamah kot? Ko ada duit? Atau cara ko nak buktikan ko berani sgt dengan cara sondol dan himpit kereta orang? @ gunakan cara berbaik dengan orang sekeliling ko supaya orang anggap ko baik, sopan, pijak semut pun tk mati? @ lg satu cara, ko berbaik dgn ahli keluarga orang yg ko fitnah pastu at the same time ko kutuk ahli keluarga orang tu? ko untung kan? yg rugi? orang tu dan keluarga dia? mmg itu yg ko nak. tahniah!  

Conclusion, tk perlu takut kalau tk salah. The End. Chow bedah..................

Friday, October 15, 2010

The Ramblings

Raya suda habis..open house juga suda habis...majlis kawin tk habis2...haahhah

Cadang di hati nk update blog tp tk berkesempatan..huhu
Gua bnyk keje bhai..dari bulan pose sampai ke raya tk sudah2 nak disambutnya..hahahha
Biasela opis nak melayan business partner kang ape plak katenyer..

Bulan poser ari tu adalah terima beberapa tempahan yg tk seberapa utk blueberry cheese tart ngan kek lapis ku itew...sambung lg utk open house..terima kasih kepada yg menempah..semoga kalian dimurahkan rezeki jadi blhla menempah lagi dan lagi..

ni rupa blueberry cheese tart...paling jauh pegi ke n9..

Kek lapis ada mcm2 jenis..kek lapis asam manis, kek lapis rempah dll...lama nak wat selama nk masak rendang..sabar je la..:)

Lagi satu tgh laku zaman ni adalah triffle...smlm br ada org order..
Sedap nyaman...blh wat pilihan nak fresh strawberry or fresh peach...layan gambar!

sedap...makan sejuk2..belah bawah dan tgh2 ada kek roll strawberry..nyum nyum..

Semua di atas murah2 belaka..tk mahal pun..;)


P/S : untung jual kuih blhla simpan utk wat kawin..sikit2 InsyaAllah :)

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya

Raya lmbt lg. lg 10 ari lebih kurang. Baju raya aku dh beli (tinggal nak beli lg selai). Kasut raya pun dh beli. Anting-anting raya pun dh. Brooch raya. Tudung raya. Tinggal handbag raya je lom jupe. Hahahah semua kalau beli brg pun semua raya punyer. Tk sabarlah nk raya. Baju kaler merah. Kasut kaler biru. Sungguh ceria di hari raya! Tp bile memikirkan tempahan kek rasa mcm jauh lg nak raya pun tkper. Hadoi!


zaman skang kad raya pun org dh tk pandang. hantar online sudeyyy

Aku igt dulu masa aku kecik2 sekolah rendah, masa mak aku belikan bj raya (masa sekolah rendah je mak carikan, belikan, dh sekolah menengah berlagak tknk mak carikan tp beli pakai duit mak..haishhh) xcited bukan main aku. Balik je umah terus berebut2 bukak plastik bag (padahal tkda sape nk berebut ngan aku pung) tak sabar nk test! Pastu pakai depan cermin tunjuk mak 'lawa tk mak!' tanya bnyk2 kali sampai mak bosan. hahahha. Pastu gantung kt hanger masuk dlm gobok (dasar org johor, gobok!). Mlm lepas terawikh, bukak gobok kuarkan baju test lg depan cermin kekadang sampai tdo pun ngan baju raya. Hahahah kisah masa kecik. Rasa gembira sbb over xcited nak raya. Tak sabar!

Sekarang dak2 ni kalau beli baju raya macam tk rasa pape je. Kalau baju tu beli masuk dlm pelastik jusco ke metro ke mydin ke sampaike malam raya la baju tu dlm pelastik tu. Tu pun sbb mlm raya kene gosok baju. kalau beli baju yg tk payah gosok nak pakai brla terkeluar dr pelastik tu. Budak2 zaman sekarang. Mudah dpt sesuatu jadi mudahlah jugak untuk tak menghargainya. Hari raya kene meriah ok adik2!

P/S : Mlm ni ada majlis berbuka kt opis aku anjuran Jbiotech. Menu nasi ambang. Org jawa u olls. Selamat!

Monday, August 30, 2010

Hari Ini Hari Senin

Selamat ari senin!

Tetiba aku nak ucap selamat ari senin pehal..hahahha..
Pg td sambil siap2 nak g keje aku sempat tgk MHI. Kisah polis trafik yang bertugas di bulan ramadhan. Sian abg2 dan pakcik2 polis tu. Korang tahu dieorg cume diberi 10 minit je utk berbuka sebelum sambung balik tugas dierg jaga trafik. Kt johor ni tk bnyk sgt la polis trafik yang kene bertugas sbb kesesakan lalu lintas tkla sebanyak mana. Tp kalau kt KL tu gua konpom mesti kene ada polis trafik setiap jalan. Jem nokk. Aku yg baru beberapa kali g KL ni pun dh letih + seram seriau bila jln kt KL. Ye la dik non akak ni pemandu amatur mana berani cilok2 tk tentu pasal. hahahha...anyhow that kind of experience can train up ur driving skill :P wakakakak. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan syabas la pada polis trafik. Bukan setakat kene bertugas di bulan Ramadhan silap ari bulan di bulan Syawal skali. Sila bertabah. T___T

On the way aku nak g keje td dgr berita kt radio. Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui di dalam beg kertas yang disangkut di pagar bla bla bla..aduhai. Sian baby tu. Tk tahu pape lg dh kene buang. Masuk dlm paper bag lak tu. Nape la jadi mcm tu. :(. Mungkin sex education in school tu perlu dilaksanakan? Orang ckp sex education ni is like you teach thieves how to steal. But then bila jadi bende2 mcm ni..dh jadi mcm trend lak. Penah tk korang masa kecik2 dulu kalau musim main layang2 korang pun dan semua org mesti ada layang2. Melalak2 ngan abah korang nak layang2 mcm jiran sebelah. Dh habis musim layang2 musim gasing lak. Aduh!hahahha funny ok. So now musim buang anak. Buat anak buang. It is sad and weird when keep thinking how those girls that carry the baby 9 months then kill them when they born. wat were there thinking? Aku mcm nak cadangkan je hantar mereka2 yang buang anak ni pg Gaza atau kt Pakistan yg tgh banjir tu. Tgk insaf ke tk.

Oh...last 2 days my ex-boss msg me ask about my current job..huhuhu..u want me to get back to the company? yeah with the pmpn muka tembok owh pls bos, i cant. Aku bukan mcm dulu lg yang mudah utk dibuli macam dulu. Sampai nak kene cium bontot br dpt ilmu? hahahha. + kene tuduh curi dokumen. Orang tabur fitnah. Perhaps my bos expect me to reply, im not happy here. i want my life back at xxxx. I love working there. Wallauweh.Huhuhu..tp abg K ckp bagus juga awak leh pay back the revenge pada pmpn muka tembok tu. Hahahahah abg K ckp omputih u. hahhaa. So funny ok. Watever la. Kalaupun btl aku cume akan duduk dan tgk sahaja. Sapa salah die akan terasa sendiri right? Masa tu dont put the blame on me. Cermin diri anda. WTFish lah bf ko ckp abg aku tkda hak nak masuk campur. Ko masuk campur ada hak plak la kan. Pastu ko nak ckp adik aku jemput ko g mkn sesama. Eh wat pe ko nak ckp bende2 mcm tu? Nak sakitkan hati aku? Nak ckp ngan abg K yang kononnya ko tu btl so adik aku leh terima ko? Yeah right. Tuhan tu maha adil. Will see how. Tp mmg btl aku rindu keje kt sana. Rindu pada kengkawan yg baik - N, kak jas, ana, faizal, kak ani, kak yan, maniam (again maniam??), nor dll and last but not least my kind boss, kenny. nak tgk tk hadiah kenny bg pada aku sempena farewell aku? TQ kenny! i luv it so much. wear it everyday.u re the best boss in the world!

tu dia. jam tangan swatch. sila abaikan muka boring aku + si mior yang tgk korek pegang hidung tu.

Last but not least. aku ada satu bende nak bagi free kt hangpa yg berminat. Nak wat amal di bulan Ramadhan. huhuhuh..

tadaaa...ni namanya curious britney spears stick lumiere parfume


 gitu la gamak bentuknya yer..

Actually bende ni aku dpt free masa aku beli perfume britney spears - fantasy. Aku tk pasti nape die bg curious ni skali kalau bg fantasy nya kan baguih. Bau die tk kene ngan aku. So aku nk bg pada sesapa yang nak la yer. Bende ni korang kene smooth over skin then let yourself glow. Aku tk tahu la btl ke tak tp kt kotak tulis begitu. Kekeke..

P/S : Semoga perasaan sedih aku ini akan hilang esok hari. Selamat Merdeka!




Saturday, August 28, 2010

Syukur Alhamdullilah

Salam Ramadhan..

Dah masuk hari ke-17 kita berpuasa..sekejap je rasanya..dh nak raya..baju raya dh ada..kaler merah u ols..
Memula i decide nak kaler perpel pastu i tuke ijo last skali merah. Sabau je la abg K..hihihihi sejak awal taun sampai la ni..beli baju asik la hai kaler merah..nape agaknyer..sebab i garang ker..walauweiii..tp lom ag beli kasut raya ngan handbag raya..eh ada ke handbag raya? huhuhu...anyway gamba baju raya i tu tgu la raya i pakai barula i leh post gambonyer..

Kali ni nak citer pasal majlis sambutan Ramadhan & majlis berbuka anjuran company i..owww

Majlis Sambutan Ramadhan
Tarikh : 6 Ogos 2010
Tempat : UPM, Serdang

i pakai baju merah mak ngah..merah lg?

So cute..at the same time sad..masih kecik lagi adik2 ni..

Majlis ni menjemput anak2 yatim dari beberapa sekolah/madrasah sekitar KL/Selangor. Tersentuh dengan kehadiran adik2 yang masih kecil ini. Tak terluah dek perkataan perasaan ni. Kecil2 sudah kene uruskan diri sendiri, duduk asrama tanpa ibu @ bapa...korang leh bayangkan?..kita yang kadang2 dh form 5 pun masih tk pandai basuh baju, masak, gosok baju dll..cube bayangkan adik2 kecik ni..hmm..tp ye la mereka masih mentah untuk mengerti erti hidup yg masih panjang ni..:( aku cume ada facebook profile salah satu rumah anak2 yatim ni..kalau korang ada masa leh add dan hulurkan bantuan ok? :) sila search : Rumah Kasih Harmoni..semoga rumah anak2 yatim ini selalu harmoni senantiasa..:)

Majlis Berbuka Puasa
Tarikh : 23 Ogos 2010
Tempat : Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Islam, Pontian

Van wat angkut anak2 yatim pergi dan balik sekolah..sumbangan mereka yang prihatin..

Aku kene uruskan majlis ni berseorangan bukan berduet huhuhu..mmg mencabar dari segi fizikal dan mental..mmg jemputan tk ramai..140 org termasuk anak2 yatim tapi bukan mudah ye kenkawan..berkejar-kejar di bulan puasa, dealing with people its not easy when u handle it alone..:(
Aku tk harapkan penghargaan pun..ye la majlis kecik je..tkda tetamu VIP dan tk masuk press atau TV but its a priceless moment and experience utk aku..:) So anyhow frenn enjoy the photo..

cute adik baju kuning tu kan..:)

dari kiri : Tn Hj Barkawi (Pengerusi rumah anak yatim), En. Norhalim (our CEO), Prof Amran (UTM)

Jemput makan..:) masakan kampung

u ols..my boss in pink..very the lomantik man..hihihih

Sekian laporan.



P/S : Syukur alhamdullilah dengan kehidupan sekarang..Seandainya rasa kita tk bernasib baik ada insan lain yang kurang bernasib baik dari kita..Setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam..semua org tahu bulan Ramadhan adalah bulan suci, it unites all Muslims in fasting, worship and prayer.Bersama-sama kita tingkatkan ibadah sebagai muslim. May god bless all people around me..:)

P/S : Terawikh yok mlm ni..:)

Monday, August 9, 2010

Jangan Gurau Kasar Macam Ni Lagi Yer..


Heheheh cute je abg ni marah...siap bertukar hijo..tukarla pink..mesti lg cute..:P

Skang ni orang2 johor tgh marahkan Pn. Nor Azita Osman. Glamer dh die ni. Siap ada orang create kan page dalam FB. 14K der org like. Semua org dh tahu kot pasal ni. Siap kuar suatkabo lg tu...aku asal Johor, lahir dan sampai skang duk di Johor. Mestila terasa kan..negeri kita org kutuk..siap ckp hina lg..tp yela..dlm bnyk2 statement pasal hal wanita ni..statement dari Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor, Md. Jais Sarday aku rasa tepat utk wanita ini...

"Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu." 

Semua org concern. Lepas ni berhati-hati yer..

P/S : Kawan aku kene belasah ngan bf die. Kenapa kenapa???

Wednesday, July 28, 2010

Nangis Dalam Hati


Aku terbaring di ranjang empuk milikku
Dan mulai membayangkan tentang dirimu
Yang telah menyadarkan aku bahwa mencintaimu
Adalah hal yang sia-sia….

Wahai rembulan….
Menjelmalah jadi kedua mataku
Agar aku mampu memandangnya dari kejauhan
Sebuah sosok yang aku rindukan
Karena akan lama aku tak menatapnya

Wahai sang bintang….
Menjelmalah jadi kedua tanganku
Agar aku bisa memeluk dirinya
Untuk yang terakhir kalinya
Dan tak akan kulepaskan
Hingga malam ini berganti pagi
Karena akan jauh aku pergi

Berkali-kali ku coba tuk membuatmu jatuh cinta
Namun kini aku menyerah karena cinta memang tak bisa dipaksa

Aku kini lelah dan terluka
Ini bukan karena dirimu
Semua ini karena kebodohanku
Mengejar cinta yang mustahil tuk aku miliki

Aku menangis dalam hati
Tak peduli masa lalu menertawakanku
Aku kini sedang bersedih
Mungkin tak seperti biasanya
Namun ku juga manusia biasa
Yang pernah merasakan pedihnya cinta

Saat aku terlelap aku memimpikannya
Dia tetap indah seperti biasanya
Dan kami tetap tak bisa bersama

Friday, July 23, 2010

sahabat vs kawan

sahabat dan kawan..
selama aku hidup macam-macam pengalaman berkenaan sahabat dan kawan berlaku dlm hidup. mesti korang pun alaminya kan. yang dpt disimpulkan sahabat dan kawan tidaklah sama ianya mempunyai 2 definasi yang berbeza;

kawan
penah dgr lagu cerita kedai kopi>


Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

kawan hanyala untuk jadi teman berbual dan berbual apabila keperluan itu diingini. kawan hanya untuk ketawa.Itu je definisi kawan. fullstop.noktah.kawan kedai kopi.

kawan cuma ada masa senang.masa sedih haramla.bukan hal die.senang dinikmati bersama. susah ko tanggung la sendiri.
kawan - org pertama yang mencuri dan menjaja cerita kita. sudah pasti yg buruk. (ni aku dh lalui)
kawan - org pertama yang mengkritik kita.
kawan - org pertama yang melarikan diri dr kita

sahabat

orang pgl bespren.sahabat lebih kepada emosi dan penceritaan dalam kehidupan peribadi yang berlaku di dalam hidup kita. perasaan suka duka dikongsi bersama. sudi meminjamkan bahu utk sahabat menangis dan mengesat ingus.selalunya pmpn la. sbbnya pmpn akan rasa lega bila dh puas menangis meluahkan rasa hati.itu baru namanya sahabat menangis susah di cari.

sahabat tk mengenal erti susah dan senang. sahabat pasti ada tika ko senang tika ko susah.sahabat pasti menjadi kunci rahsia dan pemangkin semangat kita.



aku bnyk kawan tetapi ada sedikit sgt sahabat. :(


P/S : lambatnya gaji. sudah sakit gigi mahu cabut. sib baik leh claim company. ;P

saya-ingin-sekali-menghapdet-blog-namun-apekan-daya

banyak yang ingin dikata-katakan namun tak terluah di perkataan..

Friday, May 7, 2010

Biarkan Ia Pergi..~

Cinta itu seperti kupu-kupu. Tambah dikejar, tambah lari. Tapi kalau dibiarkan terbang, dia akan datang disaat kamu tidak mengharapkannya. Cinta dapat membuatmu bahagia tapi sering juga bikin sedih, tapi cinta baru berharga kalau diberikan kepada seseorang yang menghargainya. Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik.

Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang “sempurna” bagi seseorang. Tapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu sendiri.

Jangan pernah bilang “I love you” kalau kamu tidak perduli. Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya…

Cinta bukan “Ini salah kamu”, tapi “Ma’afkan aku”. Bukan “Kamu dimana sih?”, tapi “Aku disini”. Bukan “Gimana sih kamu?”, tapi “Aku ngerti kok”. Bukan “Coba kamu gak kayak gini”, tapi “Aku cinta kamu seperti kamu apa adanya”.

Kompatibilitas yang paling benar bukan diukur berdasarkan berapa lama kalian sudah bersama maupun berapa sering kalian bersama, tapi apakah selama kalian bersama, kalian selalu saling mengisi satu sama lain dan saling membuat hidup yang berkualitas.

Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang kamu inginkan dan menyayat sedalam yang kamu ijinkan. Yang berat bukan bagaimana caranya menanggulangi kesedihan dan kerinduan itu, tapi bagaimana belajar darinya.

Caranya jatuh cinta: jatuh tapi jangan terhuyung-huyung, konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cobalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.

Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihMu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk menemukan bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya. Kalau dia tidak “worth it” sekarang, dia tidak akan pernah “worth it” setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Biarkan dia pergi…

Wednesday, April 28, 2010

Misi mencari baju semerah cinta Stilleto~

Merah itu menghairahkan..Eh ye ke? Ni pasal fatimah aziz al haj la cadangkan reunion sekolah aku sabtu ni tema red, black & white. Mentang2 die dh ada baju kaler merah. Abis aku ni??? Waaaa


Misi pertama bersama abg K :
Arahan kejam dr aku. Balik cpt tau ari ni org nak cr baju merah. Dengan abg K skali semangat ke hape. Ye la kan die pun ada program 1 May tu so kenela layan aku kang tk dapek g lak. Jahat woo. Abg K biaselah punctual, aku? ada la lewat cikit. Mula2 gi la HP. Takde berkenan. Pg plak DCM. Tkda gak. Last masa dlm kete,


Abg K : Nak cr kt mana lg?
Aku : Ntah ek. (org johor mestilah ada ek ek)
Abg K : Semua dh g asik tk berkenan je (eh mcm ayat frust je)
Aku : Tkpela. Nanti org cr sendiri je la.
Abg K : Ngada tul. Jom g mkn? (ah sudah. nak mkn lak)
Aku : Tknakla. G Sutera Mall jom.
Abg K : Dh kul 9.45. Mana sempat. Senang pakai baju kurung je.

Eh. Aku tahu aku suke pakai bj kurung. bj kurung adalah bj kegemaran aku. Tp kalau dh aku tk berkenan tkkanla nak cadangkan pakai bj kurung masa reunion abg K oi. Geram wehh!

Misi kedua bersama Fatimah Al Haj :
Pmpn ni masuk keje tgh hari. Dh tu gamaknya balik mlm la kan. Hadoo..Nak beli mcm2 tp balik mlm. Papehal mkn dulu. Lutut dh mengeletor. Lapo. Pastu tgk le kedai2 manala tahu ada baju yg aku berkenan. Eh skali si minah ni lak yg sentap baju. Masa fad testing baju aku tguler die depan bilik mengetest tu. Bilik yg  sebelah tu ada org. Skali aku dgr sora laki ngan pmpn bisik2. Aku wat bodoh je la. Ye la semenjak 2 menjak ni aku asik mimpi antu je. Bajet tu cume imaginasi aku la sora2 tu. Hahaha. Skali selak pintu tu terbukak. Dh tk sedap duduk. Si fad ni test baju ke jahit baju dlm bilik lama bebenor. Dr bilik tu kuar laki ngan pmpn u olls. Bukan budak muda remaja tp dh masuk group pakcik2 makcik2. Pakcik tu kuar selambe je. Tp makcik tu ada malu la gak. Senyum2 kt aku. Romantik ke gitu? Tkleh ke tgu kt luar bilik ngetest tu kalau nak komen pun? Hai mcm2. Dh tk dpt baju aku stress ler kan. Balik opis minah ni tepon ijan. G kalaoke. Wah gitu. Leh plak lupekan misi penting. Tgh melalak. Si fad lesap. Skali balik bawak balik kasut. Eh. ni aku yg nak cr baju tk dpt2 ko siap dpt angkut kasut skali. Panassss aku.

P/S : mana lg aku nak cr baju...lg 3 ari jeeeeee dem

Monday, April 26, 2010

Gegaran Otak~

Ini cerita pasal smlm dan smlm-malamnya..

Smlm hari yg wajib utk berdating. pg2 masa abg K kejut aku bangun tdo kul 9.30 pg, aku terus pesan kt die tdo awal supaya bangun awal. hahaha sian die dhlah keje mlm. abis nak wat mcm mana sbb aku nak g JOM HEBOH. tp takpe abg K tk marah pun. die siap suh aku kejut lg kul 3. YES. Eh eh

 
So aku pun bg la die rehat kalau tk jgn harap die dpt tdo nyenyak sbb aku mmg suka kacau die tdo. Sian die. Lepas tgk nona, aku saje bg can kt abg K bgla die tdo lama sket tklah dan dan kul 3 aku terus kejut kan. hahah. Kul 3.10 aku tepon abg K suh bgn. Die ngan sora serak2 basah ckp ngantuklah. Eh ni blh mendatangkan marah ni aku ckp dlm hati.Bile aku jwb tkpela abg tdola eh die ketawa lak. ckp dh bangunlah. Main-main eh. Aku apelg terus ckp cepatlah abg bnyk tmpt nak g. Ok ok pap terus letak tepon. Eh. cube mood aku tk baik letak tepon mcm tu je siap!

Kul 4 abg K amik. Sekali lapar plak. Singgah beli kopok lekor. Sblm beli die tanya aku.

Abg K : Sy nak beli kopok lekor. Awk nak tk?
Aku : Tknaklah. Org diet.
Abg K : Nak pape yg lain tk? Karipap ke? Cendol? Awk kan suke cendol. (wajib tanya supaya tk kene berulang-alik beli)
Aku : Tknaklah. 
Abg K : Ok. Jgn menyesal.


Eh. Siap bg amaran jgn menyesal lak die. Masuk kete abg K tanya lg nak tak sambil kunyah kopok lekor die tu. Aku jwb mkn jgn bercakap. Abg K ckp lg kalau tknak tlg bukakkan sos tu org nak cicah. Skali aku pun turut sama bedal kopok lekor tu. Hahahah sorila abg K terober plak.

Dh namanya nak pg jom heboh. tempat parking lg lah heboh nak mencarinya. aduyaii oi. Sekali abg K nak parking kt singgah selalu. Ha kau kene 5 henggit. lom mati enjin mamat parking dh ketuk cermin mintak 5 henggit. Mak aii sabolah oi. Kaya oi tokey ko kolek duit parking je 2 ari ni eh.

Dh parking kt singgah selalu kenela lintas jalan. Adalah pak polisi jaga. Skali kt depan kitaorg adalah mat motor ni wat illegal u-turn tanpa perasankan pak polisi. Ape lg kene la sergah ngan pak polisi. Dengan aku sekali terperanjat. Hampeh tul. Lemah semangat aku yg tgh terkobar-kobar ni.

Aku sbnrnya kurang gemar g tmpt2 sesak dada ni. Tp aku layankan la abg K. Eh bukan aku yg nak sgt g ker? hahah..kejap je la aku layan. Tu pun aku beli 2 sos + 1 kicap cap jalen rege 5 henggit. Abg K biaselah beli utk anak buah die. Aku? Hadoo adalah. Panas. Berpeluh ketiak. Cpt2 chow. Melekit.

 Masuk kete bukak ekon full. Perghh nyaman je rasa. Kitaorg g tgk wayang pastu. The Loser. Best la gak. Citer tembak2 abg K suke lah. Aku layankan aje. Tp aku yg fokus lebih. Hahaha.. Balik dh lapo. Aku ckp nak g mkn.  Abg K ckp ok. Kt mana? Lomeh btl lutut aku dgr abg K tanya mkn kt mana. Sbbnya die ni ada masalah takut-g kedai-mkn-tk-meriah-dan best. Banyak mana aku cadangkan ada je alasan die tknak singgah. Tk meriah la. Tk sedap la. Tk da parking la. Parking jauh nanti lapa balikla. Ayam masak kunyit dieorg keringla (mak ai alasan). Bnyk lg alasan yg tk tercapai dek akai..Adoii..


P/S : smlm-malam ke hape pasal smlm jer..


Wednesday, April 21, 2010

Thursday, April 15, 2010

Boleh Pecah Otak Jadinya~

Menulis blog sgt mencabar...Igt senang nak tulis blog? Tak tahula nak tulis pe..Hihiihihi...Otak dh bekuew..Yela..tgk blog dak2 yang masih belajaq kt unibesiti bukan main lg idea korang mencurah2 kuar dr pala sampai tk muat kete kancil ku??what? kan dh merepek..hahahha



Orang ckp tulis je ikut pengalaman..hmm kalau ada pengalaman tp tk pandai wat ayat mcm mana?? nampak gayanya kene masuk library la..rajin2 kan diri membaca supaya dapat menambah ilmu di dada..Macammanapun kene isi perut dulu barula leh kuar ayat2 power..hahaha tp dulu mak aku slalu suh pose kalau nak peksa sbb die ckp kalau kita lapar otak kita berjalan lancar..hmm aku ikut tau nasihat mak aku tu..Alhamdullilah tkda la aku fail peksa peksi yg penah diambil...hihihhi

Chicken Chop IT Roo..best woo...Dimana ada makanan disitu ada jalan dhobby hahhaha..

Tkda kene mengena pun makanan ngan topik yg dibincangkan..sbb tu la tajuknya boleh pecah otak jadinya..sapa yang baca leh pecah otak..kakaka..eh tp sedap tau chicken chop ni..classic..pas makan leh beli roti tradisional masak pakai arang..:) best wooo

 

Monday, April 12, 2010

Melawan Kesedihan~




Asma Ul Husna
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik
Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin


Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik
Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar


Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim
Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'
Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir
Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir


Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur


Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit
Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib
Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud


Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq


Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy
Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid
Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum
Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad


Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir


Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin
Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab
Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf
Yaa Maalikal Mulki
Zul Jalaali wal Ikraam


Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy
Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur


Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith
Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah

Monday, April 5, 2010

Manusia dan perkara-perkara pelik~

Perkara pelik no. 1 :



















Pada aku ni dh pelik ni..kreatif sungguh mereka-mereka ini..tp kan selama aku mkn kt kfc (tidaklah setiap ari) tk penah pun jupe pinggan mcm ni? Sbb tu la aku tk wat bende pelik ni...LOL..hehehe..kokang tulang tu sedap tau...rasa nak g kfc balik ni la..

Perkara pelik no.2 :
















Perkara pelik ke ini? Ish pada aku pelik + kelakar ni..hehehe..mesti orang yg lock slipar die ni seorg yang penyayang..die syg harta benda die..jgn ketawakan..tk baik..tp kan kalau die lock mcm ni bukan org blh angkut je ke slipar die? tp terpaksa angkut skali la dgn manga yg besau tu..Ape la korang ni..mestilah org tkleh nak angkut slipar die tu walaupun blh..sbb : kunci kepada mangga tu mana nak cr? kecuali korang dh curi pastu cr owner slipar ni dgn muka selamber mintak kuncinyer..*ape kamu nak kene belasah? hahha..ataupun korang curi slipar + mangga tu pastu korang kene bawak g kedai kunci locksmith tu dh kene bayo..hahaha baik beli slipar baru je..hahha..bijak sungguh tuan punyer slipar ni kan..membuatkan pencuri slipar semalaysia berpikir 56x sebelum curik slipar die ni..Syabas!

Perkara pelik no. 3 :
Sbnrnya aku bukan nak merepek meraban pasal perkara pelik ni..sampai besok pun tk habis kalau citer bab ni...korang tahu tak ape jadi kalau budak2 yang masih hingusan bermain sosial network tanpa parental guide?

Mungkin adik ni tak sedar diri yang banyak isu sebegini masuk mahkamah, saman menyaman dll kebanyakkannya disebabkan oleh FB..

Dan biaselah..kekurangan ajarnya ini telah menyebabkan beliau fofular dan keluarla group pages "Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!". Sedap nama ko dik..mesti maksud die baik kan..Apepun tahniah la dik sbb berjaya cipta populariti dengan begitu baik sekali..dah beribu2 ahli group ni..

P/S : Aku minat din beramboi..Aku suka lawak die..Aku pun ada gak tk berapa baik ngan orang, tk berapa suka dengan orang, tapi at least, aku tak ada la buat benda-benda pelik macam yang di atas tu (yang dak rafiqin darwisy tu wat yer) ataupun wat fitnah yang bukan2 pada orang yang kita tk suka tu..T___T (pengalaman aku). Aku harap ini kita jadikan pengajaran untuk semua. Hati-hati lah bila menulis atau bercakap. Kat mana2 atau dengan sesapa pun..walau hanya menulis di blog atau di Facebook korang..T____T


Friday, April 2, 2010

In Memory of Din Beramboi ( 1966 - 2010 ) Al-Fatihah~


KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang (HS) kerana dijangkiti demam denggi berdarah, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi (gambar) disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.


Adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 17, Mior Syafiq, 12, dan Nir Ain, di hospital itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Al-Fatihah...

Thursday, April 1, 2010

semoga semangat Mior Ahmad Fuad a.k.a Din Beramboi tabah & cepat2 sembuh..~

Salam..
Last Tuesday sedang aku berehat2 di atas katil sambil makan kopok dan membaca majalah nona taun 2009 gambo muka depan Fasha Sendat berbaju pengantin, aku terima satu sms dari membe comel aku yang bernama Mumtaz Mona Mian. Dlm sms tu die ckp - am, news tv3. din beramboi koma at hosp selayang. Dengan pantas aku terus bukak tv. Tp hampa sbb dh masuk berita sukan..Argggh..Pastu aku terus menaip sms dengan laju kepada mona untuk mengetahui berita selanjutnya di samping itu aku turut sms Fad memberi khabar sedih itu, tp die tk reply aku terus bersemangat menelepon die tp die mcm takda perasaan je. Hampeh. Tk cukup dengan itu aku terus berlari keluar bilik dan terus bgtau mak. Mak aku reply 'hmmm dh tahu dh'. Cheh mentang2 die dah tahu cube kalau tk tahu die pun terkejut mcm aku ni..Pastu tak lama lepas tu Fatimah tepon aku. Wah aku igtkan fatimah nak ajak aku g melawat Din Beramboi kt Hosp. Selayang, tp tidak~ die nak ajak jenjalan sbb boring. Ok jom aku ckp sbb lgpun aku tgh sedih pasal din beramboi lg plak tkleh melawat sambil mendonate darah (darah aku A+) yang diperlukan adalah jenis O. 

Seriously guys, I was shocked. It was shocking news about my idol - DJ, TV presenter, Comedian Din Beramboi. Menurut berita lepas, he is suffering from infection caused by rat urine. Sedihnya...Berita terkini - Beliau kembali kritikal, terdapat 3 jenis racun iaitu bisa ular tedung, bisa katak dan racun rumput yang menyerupai simptom virus kencing tikus. Organ dalaman kembali tak berfungsi dan mengalami pendarahan dalaman. Korang tahu tak ape penyakit yang beliau hadapi? Namanya ialah LEPTOSPIROSIS. Pebentu eh?

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Ianya adalah disebabkan infection daripada beberapa spesis keturunan leptospira yang berbentuk lingkaran (Spiral shape) cthnya : binatang seperti anjing, arnab, tikus dll. So manusia akan terkena penyakit ini melalui air kencing haiwan tersebut diatas.


Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.



Tanda dan Gejala :
Kalau korang mengalami simptom-simptom seperti dibawah cepat2 jumpe doktor tau @ kalau korang dh tahu korang termakan kencing pet korang samada sengaja atau tak~ jangan tangguh2 nak tgu dpt simptom-simptom kt bawah ni plak br nak jupe doktor.... Selalunya simptom2 ni akan kelihatan selepas 3-26 hari;

1) Demam yang melampau, badan menggigil
2) Sakit kepala 
3) Badan sakit2 lenguh sendi
4) Muntah2
5) Penat tk berdaya
6) Radang selaput mata
7) Ruam

Rawatan
Hmm.. slalunya kalau cepat g sepital doktor akan enjek ngan antibiotik untuk prevent virus tu merebak ke organ2 penting. Kalau masih baru terkena infection dan cepat5x dapatkan rawatan InsyaAllah bleh baik dan sembuh..tp kalau dh lama sakit baru nak dptkan rawatan hmm..biasenya apa2 antibiotik pun tkleh nak tlg rasanya..:(


Langkah2 pencegahan
Kengkawan semua, pls take note ok..Aku rasa sungguh sedih sbb DB a.k.a Din keringting ni adalah idola aku. Aku adalah biggest fan die tau. Sampai aku nak jemput die jadi penceramah motivasi pelawak jemputan untuk hiburkan kami hari reunion kelas aku 1 May nanti..Aku dh jd fan die dlm FB. Pada aku dia seorg yg animated dan smart. Die juga ada amazing talents sbbnya otak die ligat utk wat org ketawa. Ada je idea die. Selalu pepagi masa g keje aku mesti nak dgr sawan cara dan drama sebabak kt ERA. Lawak abis lah. Kengkawan aku harapkan kita sesamalah berdoa beliau sembuh dan sihat seperti sediakala. Hopefully miracle will happen.


DB a.k.a DK ~ semoga tabah dan sihat semula..

Friday, March 26, 2010

Ngeri~

Pesawat Pilatus TUDM terhempas..

"Pertunjukan udara oleh TUDM itu adalah sebahagian daripada persembahan dalam upacara perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 Sidang Pertama UUM yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Mac ini"

Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam Takziah..

P/S : Tetiba terasa ngeri nak pg pesta konvo UTM hari ni..:(

Thursday, March 25, 2010

Sex Education~

Pendidikan seks di sekolah - sy sangat bersetuju & totally agreed sbbnya ??

 Kes-kes pembuangan bayi yang berleluasa..Siannya..

 P/S: Weird when think that those girls who willing to carry the baby for 9 months but then kill them. Sedihla~

http://emo.huhiho.com

Wednesday, March 24, 2010

Eppy Besday Mak...~

Hari ni 24hb Mac 2010 adalah harijadi mak saya...:)


Sy syg mak sy
http://emo.huhiho.com

mari kita bersama-sama tiup lilin...yeayy

P/S : Hmmm nak belikan mak ape ekkk...???

Thursday, February 25, 2010

Aduyaiiiii~


Aduh...Napa la tk habis-habis wahai kerempeng??? Aku mls la bile bab2 mcm ni..nanti nampak aku lak yg jahat..hahahhaha
Mungkin diam itu lebih baik...tp diam ke aku? hhhuhuuhuh

 
* bila sedang sakit hati lihatla bende yg comel seperti dak kecik ni...


 
* ini lg satu comel..penyuka kucing adalah team aku..yeah

Takpela...racunla semua kengkawan aku..Senyumlah...

http://emo.huhiho.com

Tuesday, February 23, 2010

Keluargaku Syurgaku~

Kehidupan adalah perkongsian..bak kata faizal tahir sampai syurga...bercintalah sampai syurga..:) dan oleh itu cintailah dan sayangilah keluarga anda..*eh mcm takda kene mengena je
Cerita pasal keluarga..keluarga sy besar..ramai dan meriah..one happy family mcm main daun terup gitew...heheheh

*inilah keluarga saya...besar kan..tp ini belum cukup lagi..keluarga abg saya no 1 & 2 takda dlm gambar ni.. 

*ini mak dan abah sy..sweet kan dieorg..:)

Mak Kesayangan Saya
Mak saya tk keje..beliau seorang surirumah tangga sepenuh masa. Mak saya seorang yang pandai memasak..abah sy paling suka masakan mak sy..sy pun..hehehhe..masakan mak yg paling sy suka ialah mee soto dan ayam panggang banjar..sgt nyum nyum dan sy bagi 5 bintang la masakan mak sy tu..
http://emo.huhiho.com
Kalau nak tahu sy slalu kene marah ngan mak sy sbb sy malas basuh baju..
http://emo.huhiho.com
Sy bukan malas sy cuma kurang rajin je sbb sy tk suka membazir sy nak tgu baju penuh dalam mesin basuh barula sy basuh..*alasan terbaekkk
http://emo.huhiho.com
kalau nak tahu dulu dan skang mak saya jual kuih..tk kira la kuih apa semua mak sy jual..:) Mak sy ni seorang yang paling berjimat didunia, peramah dan sgt baik hati..selalu aje bersangka baik dgn org..Bnyk lg pasal mak sy tp yang penting sy SAYANGGGG mak sy..
http://emo.huhiho.com

Abah Kesayangan Saya
Abah saya baik, pemurah, rajin..*mcm nak bodek je
http://emo.huhiho.com
Tp mmg btl..abah sy basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat baju, basuh pinggan. Abah sy pembersih orangnya..kalau ada rambut selai kt makanan abah sy suh buang..apetah lg kalau lalat hinggap kejap je pun abah sy ckp kotor..Makanan kegemaran abah sy adalah satay, nasi daging merah, mee hailam mak sy dan asma rojak angsana dan bubur nasi..Abah sy suka masuk peraduan tk kirala ape pun peraduan sy sokong sentiasa..huhuhu sbbnya kalau peraduan tu melibatkan makanan bnyklah makanan tu kt umah sy...*cthnya peraduan tropikana life maka bnykla air oren dan apple tropikana kt umah sy sepanjang peraduan tu..:)  Abah sy lahir 1st january jadi sy dan abah sy sambut harijadi di bulan yang sama yeay yeay..
http://emo.huhiho.com
Sy doa semoga abah sy sihat selalu gembira selalu panjang umur dan murah rezeki selalu..
Sy SAYANGGG ABAH sy
http://emo.huhiho.com

Ok amik kesempatan ini untuk doakan kepada mak dan abah..
Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

penat suda..bye bye for now
http://emo.huhiho.com

Friday, February 19, 2010

Semangat~

Tetiba hari ni rasa bersemangat yang amat sangat..kenapa? mengapa? ada ape?
 http://emo.huhiho.com
hehehhe sebab balik keje ni saya nak wat fancy cookies...
 
*lawakan..ini bukan saya wat..orang lain..sy lom wat lgpun..

 
* tgula bila sy dh teror nanti akan sy wat mcm ni untuk diberi kepada orang tersayang..nyum nyum

ok sebab ari ni ari jumaat maka rehat saya panjang, saya nak cari bahan2 jadi balik keje tanpa mandi dulu blh terus membuat projek fancy cookies ini..*mesti mak saya gembira kerana anak dara die tetiba rajin sebelum tibanya hujung minggu lagi...
http://emo.huhiho.com
*muka gembira mak saya haiwan peliharaan saya cik kitty