Thursday, February 25, 2010

Aduyaiiiii~


Aduh...Napa la tk habis-habis wahai kerempeng??? Aku mls la bile bab2 mcm ni..nanti nampak aku lak yg jahat..hahahhaha
Mungkin diam itu lebih baik...tp diam ke aku? hhhuhuuhuh

 
* bila sedang sakit hati lihatla bende yg comel seperti dak kecik ni...


 
* ini lg satu comel..penyuka kucing adalah team aku..yeah

Takpela...racunla semua kengkawan aku..Senyumlah...

http://emo.huhiho.com

Tuesday, February 23, 2010

Keluargaku Syurgaku~

Kehidupan adalah perkongsian..bak kata faizal tahir sampai syurga...bercintalah sampai syurga..:) dan oleh itu cintailah dan sayangilah keluarga anda..*eh mcm takda kene mengena je
Cerita pasal keluarga..keluarga sy besar..ramai dan meriah..one happy family mcm main daun terup gitew...heheheh

*inilah keluarga saya...besar kan..tp ini belum cukup lagi..keluarga abg saya no 1 & 2 takda dlm gambar ni.. 

*ini mak dan abah sy..sweet kan dieorg..:)

Mak Kesayangan Saya
Mak saya tk keje..beliau seorang surirumah tangga sepenuh masa. Mak saya seorang yang pandai memasak..abah sy paling suka masakan mak sy..sy pun..hehehhe..masakan mak yg paling sy suka ialah mee soto dan ayam panggang banjar..sgt nyum nyum dan sy bagi 5 bintang la masakan mak sy tu..
http://emo.huhiho.com
Kalau nak tahu sy slalu kene marah ngan mak sy sbb sy malas basuh baju..
http://emo.huhiho.com
Sy bukan malas sy cuma kurang rajin je sbb sy tk suka membazir sy nak tgu baju penuh dalam mesin basuh barula sy basuh..*alasan terbaekkk
http://emo.huhiho.com
kalau nak tahu dulu dan skang mak saya jual kuih..tk kira la kuih apa semua mak sy jual..:) Mak sy ni seorang yang paling berjimat didunia, peramah dan sgt baik hati..selalu aje bersangka baik dgn org..Bnyk lg pasal mak sy tp yang penting sy SAYANGGGG mak sy..
http://emo.huhiho.com

Abah Kesayangan Saya
Abah saya baik, pemurah, rajin..*mcm nak bodek je
http://emo.huhiho.com
Tp mmg btl..abah sy basuh baju, sidai baju, gosok baju, lipat baju, basuh pinggan. Abah sy pembersih orangnya..kalau ada rambut selai kt makanan abah sy suh buang..apetah lg kalau lalat hinggap kejap je pun abah sy ckp kotor..Makanan kegemaran abah sy adalah satay, nasi daging merah, mee hailam mak sy dan asma rojak angsana dan bubur nasi..Abah sy suka masuk peraduan tk kirala ape pun peraduan sy sokong sentiasa..huhuhu sbbnya kalau peraduan tu melibatkan makanan bnyklah makanan tu kt umah sy...*cthnya peraduan tropikana life maka bnykla air oren dan apple tropikana kt umah sy sepanjang peraduan tu..:)  Abah sy lahir 1st january jadi sy dan abah sy sambut harijadi di bulan yang sama yeay yeay..
http://emo.huhiho.com
Sy doa semoga abah sy sihat selalu gembira selalu panjang umur dan murah rezeki selalu..
Sy SAYANGGG ABAH sy
http://emo.huhiho.com

Ok amik kesempatan ini untuk doakan kepada mak dan abah..
Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

penat suda..bye bye for now
http://emo.huhiho.com

Friday, February 19, 2010

Semangat~

Tetiba hari ni rasa bersemangat yang amat sangat..kenapa? mengapa? ada ape?
 http://emo.huhiho.com
hehehhe sebab balik keje ni saya nak wat fancy cookies...
 
*lawakan..ini bukan saya wat..orang lain..sy lom wat lgpun..

 
* tgula bila sy dh teror nanti akan sy wat mcm ni untuk diberi kepada orang tersayang..nyum nyum

ok sebab ari ni ari jumaat maka rehat saya panjang, saya nak cari bahan2 jadi balik keje tanpa mandi dulu blh terus membuat projek fancy cookies ini..*mesti mak saya gembira kerana anak dara die tetiba rajin sebelum tibanya hujung minggu lagi...
http://emo.huhiho.com
*muka gembira mak saya haiwan peliharaan saya cik kitty

Thursday, February 18, 2010

What Goes Around Comes Around~

Aku sedih...I feel like want to cry. I feel like want to punch people's face. I feel like want to screaming to everyone kalaula itu je jalan for me to release this pain and sadness... http://emo.huhiho.com





Tapi mak aku hari-hari bgtau supaya jangan berdendam...
http://emo.huhiho.com


Aku tahu aku tk sempurna, tk baik dan tak lawa, tk perfect macam pmpn tu yang suci dan murni pijak semut pun tk mati, lalu depan orang walaupun kt lorong siap tunduk hormat mcm nak sembah bumi....*alamak baru je mak aku pesan jangan berdendam td..
http://emo.huhiho.com



Mak aku ckp lg...tuhan itu maha adil...selalu ada dengan orang2 yang sabar dan benar..Biarkan pmpn tu mampos  tkkan kemana lah pmpn tu blh pergi..tgkkan saja...satu hari tuhan akan tunjukkan..mak aku ckp what goes around comes around..*pandainya mak ckp omputih...sesungguhnya aku ikhlas interview, dapatkan keje, train, evaluate, macam nak pecah kepala watkan assestment setiap minggu, promote lagi supaya jadi permanent kalau ini balasan pmpn tu pada aku tkpe, dengan nada sinis die ketawakan aku..takpe...takpe...pmpn tu guna hati yang kotor tapi aku akan guna akal kerana akal itu kurniaan yang indah dari Allah swt...
http://emo.huhiho.com



Sekarang masa untuk bergembira...~Semoga tuhan mempermudahkan segala urusanku..Amin
http://emo.huhiho.com



p/s : Saya sukela kat kitty ni..cute je kan

Petua Awet Muda *kenapa panggil petua? pesanan orang-orang tua??



 
*Buku dari Dato' Sarimah Ahmad...

 1. Sejurus bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Amalkan 
Rasulullah s.a.w : minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas .Amalkan setiap hari.

3. Baca ayat 35 - 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. Tapi kalau mandi guna shower, bacalah masa mula2 nak mandi. 

4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja.
Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

5. Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

6. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan  juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur 

7. Senyum selalu, jangan busuk hati…

8. Berhenti makan sebelum kenyang, rajin makan ulam-ulaman

9. Paling penting….JANGAN TINGGAL SOLAT!!



p/s : Semua di atas hendaklah di amalkan selalu setiap hari yer..Insyaallah~ MyEm0.Com



Thursday, February 11, 2010

Feeling~


Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan ku....

Ada orang bgtau aku yang bukan hidup aku aje yang ditimpa dugaan. 
Hidup ini memang lautan dugaan yang perlu kita redah. Hatta kehidupan itu sendiri merupakan ujian oleh ALLAH SWT.
 
Aku penah baca...” Kehidupan yang tiada masalah maka itu bukan kehidupan namanya”

Malah ALLAH SWT berfirman,
” Apakah kamu berfikir kamu akan dibiarkan untuk menyatakan kami beriman sedangkan kamu masih belum diuji?”

"Apabila kita diduga, sebenarnya kita perlu kembali kepada ALLAH SWT dan bermuhasabah. Sesungguhnya, manusia-manusia yang diduga itu ada dua kemungkinannya. Pertama, ALLAH ingin mengujinya sama ada keimanannya benar atau tidak, kedua, ALLAH mahu menurunkan bala kepadanya sebagai kifarah dosanya.

ALLAH itu adalah PENCIPTA kita. DIA tidak akan sesekali zalim kepada hamba-hambaNYA. Sifat kasih sayang dan pengampunNya jauh lebih luas dari kemurkaanNya. Maka kitalah yang kena bersangka baik apabila ditimpa ujian oleh ALLAH SWT. Kita tidak boleh membiarkan diri kita lemah, hendak sugul, hendak rasa kecewa, hendak rasa malas kerana ujian yang menimpa atas kita.

Jika kita membiarkan diri kita dalam kesedihan dan ketidak kuatan secara berpanjangan, itu sebenarnya adalah bukti bahawa keimanan kita, hubungan kita dengan ALLAH SWT adalah amat lemah.
Kenapa? Sebab ALLAH berjanji bahawa DIA amat dekat dengan kita. Maka apakah pantas  untuk kita bersedih-sedih berpanjangan atas satu musibah?

Jika bersedih, maka ceriakanlah diri. Sedih berpanjangan hanya merosakkan hati. Sedih memang fitrah, tetapi janganlah sehingga syaitan memperkudakan kesedihan kita. Sedih sampai tak nak buat kerja, sedih sampai tak mahu lagi berusaha, sedih terus berkurung dalam bilik sahaja, ternyata sedih-sedih begini tidak dianjurkan oleh ISLAM.

Jadi kita muhasabah dua perkara. Pertama, kita perlu fikir bahawa ujian itu daripada ALLAH dan ALLAH tidak akan menzalimi kita. Kita kena meneguk hikmah dalam segenap ujian yang menimpa kita. KEdua, kita boleh bersedih jika terjadi sesuatu yang mencalarkan hati kita. Tetapi kita tidak boleh terus tenggelam dalam kesedihan. Mesti mampu menarik diri kita keluar dari kesedihan itu dan meneruskan langkahan perjuangan.

Aku tahu dan paham yang hidup siapa yang tidak diduga? Aku juga tahu yang hidup semua orang diduga, dan aku tahu bahawa dugaan Rasulullah SAW dalam membawa IMAN dan ISLAM sehingga kita dapat kecapi dua nikmat agung itu hari ini, jauh lebih menyakitkan dan memeritkan dari segala apa dugaan yang aku pernah lalui.

Aku penah baca yang....
” Manusia yang berani menongkah masalah ini, dia akan menjadi kuat. Seperti mana seorang perenang yang melawan ombak. Makin kerap dia melawan ombak, maka otot tangannya akan menjadi semakin kuat.”

Tolong la ya Tuhan...bangunkanlah aku dari kesedihan...
"Allah swt tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan kita.."

Aku akan pegang bahawa..
"ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG BENAR DAN SABAR !!"

Semoga tuhan mengampuni dosa-dosa ku dan lindungi aku dari segala kejahatan di dunia dan akhirat..~Wallahua'lam...

Melawan Kesedihan~

[DOA] tatkala mengalami kesedihan

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS. Yunus, 10 : 64-65]
Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan yang Mendalam
Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor :
1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah
2. Usaha yang tidak atau belum berhasil
3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya
4. Cita-cita yang tidak kesampaian
5. Banyaknya hutang yang sulit dibayar
6. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya
7. Terbelenggu orang lain
8. Ketinggalan dalam beramal saleh
9. Kesempatan yang telah disia-siakan
10. Merasa jauh dari Allah, dll.
Bagi orang beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. Karena orang beriman yakin bahwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakekatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali.
Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan, Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini :

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)
Jika kita sedang menghadapi urusan penting, Nabi menganjurkan untuk membaca

يا حي يا قيـوم برحمتك أستغيث
Yaa hayyu yaa qayyuum. Birahmatika Astaghist
“Ya Allah yang Maha Hidup, Ya Allah yang Maha Mengatur. Kumohon pertolongan dengan rahmat-Mu” (H.R. Tirmidzi)

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaha illa anta. Subhanaka innii kuntum minazhaalimiin
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”(Q.S.Al-Anbiya : 87)

اللهم إني عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك , أو أنزلته في كتابك, أو علمته أحدا من حلقك, أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرأن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهب همي
“Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon denganasma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku.” (H.R. Ahmad dan Ibnu Hibban)
Adab Agar terhindar dari Kesedihan
1. Meluruskan kembali keyakinan bahwa Allah-lah pengatur segala ciptaan-Nya
2. Kita yakini bahwa Allah pasti memberikan yang terbaik bagi hamba-Nya
3. Kita yakini bahwa segala ujian pasti untuk meningkatkan keimanan, menghapus dosa, meninggikan derajat, dan mendekatkan hamba-Nya ke sisi-Nya.
4. Kita yakini bahwa setiap orang sudah diqadar rezkinya, ada yang diluaskan dan ada yang disempitkan
5. Keluasan dan kesempitan rezki di dunia bukan ukuran kemuliaan seseorang di hadapan Allah
6. Setiap jatah rezki seseorang pasti akan diberikan oleh Allah sebelum orang itu dicabut nyawanya, oleh karena itu tidak boleh berikhtiar dengan terlalu memaksakan diri dan usaha yang tidak halal. Sabda Nabi SAW :

إن روح القدوس نفث في روعي أنه لن تموت نفس حتى تستكمل رزقها و أجلها
فاتقوا الله و أجملوا فى الطلب
“Sesungguhnya malaikat Jibril berbisik dalam hatiku, bahwa seseorang tidak akan mati sehingga ia menyelesaikan (jatah) rezki dan ajalnya. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan baik-baiklah dalam berusaha mencarinya.” (H.R. Ibnu Hibban)
7. Bagi orang beriman, ketenteraman hati hanya ada pada dzikir kepada Allah. Maka tiada yang dicari selain mendekatkan diri kepada Allah
8. Bagi orang beriman, menderita dalam ketaatan adalah sebuah kenikmatan hidup.
9. Mendawamkan shalat malam, shalat hajat dan shaum sunnat
10. Mendawamkan doa-doa di atas setiap saat, terutama ba’da shalat fardhu, shalat tahajjud dan shalat hajat, sebagaimana janji Allah melalui Rasul-Nya, Allah akan menghilangkan kesedihan dan menyelesaikan segala urusan.
11. Jika kesedihan itu karena hutang-hutang yang susah terbayarkan, maka Nabi mengajarkan doa berikut:

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك
“Ya Allah, cukupilah kebutuhanku dengan yang halal dengan menghindarkan yang haram, dan jadikanlah daku berkecukupan demi kemurahan-Mu daripada selain-Mu” (H.R. Tirmidzy)

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, و أعوذبك من العجز والكسل,
وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال
Allahumma inni a’uudzubika minal hammi wal hazan, wa a’uudzubika minal ‘ajiz wal kasali, wa a’uudzubika minal jubni wal bukhli wa a’uudzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rajali
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” (H.R. Abu Umamah dan Abu Sa’id)

dipetik dari : http://orido.wordpress.com/2008/01/31/doa-tatkala-mengalami-kesedihan/
 

.............

 "Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."


Tuesday, February 9, 2010

Muka Tembok~

Ini kelas peribahasa yer..Sila belajar dengan gembira walau hati sedang menangis....T_______T

ambil hati
berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

jaga mulut
hati-hati apabila bercakap

lepas tangan 
  • tidak mahu mengambil tahu
  • tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara

muka tembok
tidak tahu malu

 
* ini adalah gambo stepler~ atas permintaan kawan ku ana...hahahah

Monday, February 8, 2010

Fitnah~

Hari Isnin hari yang mulia...Insyaallah semoga menjadi hikmah...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

"Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Sekian dan selamat beramal...~ insaf

Friday, February 5, 2010

Kenangan menusuk jiwa~

Assalamualaikum...salam jumaat..
Ini adalah cerita kenangan saya semasa kecil *mengapa perlu skema mema ini??

Masa saya baby kan mak sy ckp kulit sy teruk..merah2 i got rashes on my face...tp bukan eczema tau..

*tembabnya pipi sy

Pastu mak sy kata lg masa sy kecik-kecik semua abg2 saya sayang sy

 
* tk tahula abg-abg sy tu xcited sbb sy ada atau xcited sbb bergambo ~

Mak saya ckp lg sy kalau amik gambo kalu tk monyok mesti xcited
 
* skang ni sape yg xcited amik gambo ni..tp sy mmg monyok waktu ini lalalala

  
* ok..skang sy mmg tgh xcited..tp jelesla org sebelah pakai kasut lawa...mana kasut sy

Mak sy ckp dulu masa saya kecik-kecik sy ada bf. Mak bf sy tu ckp die cop sy jadi menantu die...

 
* kecik-kecik dh pandai dating tepi umah...pastu kantoi ngan paparazi..

Mak sy ckp masa sy kecik-kecik sy selalu usik adik saya bagi dieorg nangis..hahahha dh besau-besau ni pun sy suka usik adik sy

 
*lihatla kepuasan di muka saya itu..

Mak sy ckp bila sy dh sekolah tadika hari2 sy nangis pg sekolah. Tp bukan sy sengaja nak nangis sy tknak tingalkan mak sy ngan adik sy nanti adik y buli mak sy sy tk suke *alasan
 
**

**

**
* Hahahah gambar sy nangis tiada yer harap maklum

Tp masa sy sekolah tadika cikgu suka sy tau..selalu je cikgu suh sy wat mcm2. Angkat pinggan la hantar kertas la bgkan kaler2 kt kawan la...* Sebenarnya itu semua untuk melekakan sy drpd menangis lalalalala

 
* rombongan cik kiah ke zoo johor..

Walaupun sy suka menangis tp mak sy ckp sy belajar pandai masa tadika. Sy dpt no 1 tadika seluruh johor bahru tau..dptlah hadiah kamus bergambar dan baju sekolah..kamus bergambar tu sy simpan lg sampai skang..*kenangan beb

 
* blh gitu masa ni mak sy sibuk masuk pertandingan memasak..sian sy sorang2 sib baik ada abah dan abg sy 


Mak sy ckp lg masa sy kecik-kecik wajib belaja ngaji..Ok mak anak mak menurut perintah..Belum sampai darjah 6 dh khatam quran tau..*cheh padahal budak2 skang lg teror mengaji..
 
* masa zaman ni tkda iqra' dan yg sewaktu dgnnya..*hensem ustaz ni kan..mak sy ckp ustaz ni skang kt luar negara

Dahla..penat sy..tp inilah kenangan terindah wat sy.....



 
 




Wednesday, February 3, 2010

Resepi~


Terimalah resepi Kek Batik Mudah version aku

Sebenar-benarnya ada bnyk version resepi kek batik biskut marie ni..ada yg godak2 tekan2 dh siap ada yg godak2 pastu tekan2 pastu kene bakar sbb pakai telur dan ada yg godak2 tekan2 bila mkn sgt chewy pun ada gak...tp tk kira apa gaya sekalipun resepinya pasti keputusannya menjilat jari..kekeke *chewah ckp selupa chef 5 bintang juga

Ini merupakan resepi paling temudah tereasyeas la yang ada dlm buku masak memasak mummy tersayang aku dan juga aku *sila noted aku pun ada buku resepi yer..siap ada gambo lukis2 lg lalalalala

Bahan-bahan
1/2 butter
1 paket kecil Milo 
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marie(dipatahriukkan)

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan milo dan susu
Kacau sampai sebati dan bila sudah pekat alihkan dari api
Akhir sekali masukkan biskut Marie
Tekan dan padatkan dalam bekas kesukaan anda. Pastikan padat yer
Masukkan dalam peti sejuk atau biar je pada suhu bilik.
Setelah sejuk, bolehla dimakan bersama kuarga tersayang. 
 
*semasa sesi membuat kek batik mudah lihatlah dunia betapa mudahnya blh membuatnya sambil terlentok-lentok kepala lalalalala

Kerana pulut santan binasa.....


 

ini adalah en. santan


 

ok ini pula adalah pn. pulut

kenapa plak kerana pn. pulut ni en. santan nak kene binasa??

Tuesday, February 2, 2010

Muhammad Aqil Azeem

New addition to our family...Kekasih hatiku ini ~ was born on 26/10/09 at 2.20 pm weighing 3.10 kg - Son of Ameen & Syahidah Ezana

Si manis berlesung pipit ini telah menjadi kegilaan aku..
MyEm0.Com

Inilah azeem semasa beliau belum lagi mengenali saya ~











* tiada reaksi menakjubkan dari air mukanya



 Ini pula azeem setelah mengenali saya ~

 
 * lihatlah reaksi menakjubkan dari air mukanya..

Adakah anda nampak perbezaan nya? lalalalalala

Kesabaran untuk menolak kebodohan orang yang bodoh


Apakah maksud tajuk di atas? .................
Dari mgu lepas hingga ke hari ini aku tk tahu mcm mana nak luahkan perasaan aku..
Yang pentingnya aku bengang..Arghhh...













Sbbnya?? mudah..kerana aku bukan jenis yang blh terima bab2 kawan back stabber dan yang suka2 tabur fitnah merata bersepah..especiallynya kepada mereka2 yang aku bantu dari bawah..

MyEm0.Com

Kalau ikutkan hati dan perasaan mmg ingin saja ku lakukan seperti di atas tetapi diriku masih waras..













* muka sedang marah




Aku rasa sedih sbb aku ikhlas tolong sesama muslim. Tolong sedaya upaya aku. Tp akhirnya ini yang aku dpt. Nak cover diri die yang suci murni tu die ckp aku dibayar untuk tlg die. Sengkek sgt ke aku ni?? Patutke kita tabur fitnah dan buat musuh pada org yang tolong memudahkan perjalanan hidup kita? Tk tahu bersyukur ker? Tk tahu malu ker? Manusia apakah namanya itu?

MyEm0.Com

Semalam aku dh luahkan pada kawan aku baik aku kt Stabilo - Ana...kerana bestfren ku fatimah comel out ke Indon dan bestfren ku yg lg sorang hazra com tu bz mengandam..Dan pagi td aku dh luahkan ke pada mummy tersayang aku..Barula lega sikit hati ini untuk pergi bekerja la la la........

MyEm0.Com

Mungkin inilah namanya kehidupan..Aku tak tahu ape tindakan aku selanjutnya..namun aku berdoa semoga pmpn itu tahu ape ertinya bersyukur itu....Mungkin aku perlu lagi sekali renungkan : ~

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan. Ajaib betul! Apapun, setiap kejadian Allah ada hikmah-NYA.