Thursday, April 1, 2010

semoga semangat Mior Ahmad Fuad a.k.a Din Beramboi tabah & cepat2 sembuh..~

Salam..
Last Tuesday sedang aku berehat2 di atas katil sambil makan kopok dan membaca majalah nona taun 2009 gambo muka depan Fasha Sendat berbaju pengantin, aku terima satu sms dari membe comel aku yang bernama Mumtaz Mona Mian. Dlm sms tu die ckp - am, news tv3. din beramboi koma at hosp selayang. Dengan pantas aku terus bukak tv. Tp hampa sbb dh masuk berita sukan..Argggh..Pastu aku terus menaip sms dengan laju kepada mona untuk mengetahui berita selanjutnya di samping itu aku turut sms Fad memberi khabar sedih itu, tp die tk reply aku terus bersemangat menelepon die tp die mcm takda perasaan je. Hampeh. Tk cukup dengan itu aku terus berlari keluar bilik dan terus bgtau mak. Mak aku reply 'hmmm dh tahu dh'. Cheh mentang2 die dah tahu cube kalau tk tahu die pun terkejut mcm aku ni..Pastu tak lama lepas tu Fatimah tepon aku. Wah aku igtkan fatimah nak ajak aku g melawat Din Beramboi kt Hosp. Selayang, tp tidak~ die nak ajak jenjalan sbb boring. Ok jom aku ckp sbb lgpun aku tgh sedih pasal din beramboi lg plak tkleh melawat sambil mendonate darah (darah aku A+) yang diperlukan adalah jenis O. 

Seriously guys, I was shocked. It was shocking news about my idol - DJ, TV presenter, Comedian Din Beramboi. Menurut berita lepas, he is suffering from infection caused by rat urine. Sedihnya...Berita terkini - Beliau kembali kritikal, terdapat 3 jenis racun iaitu bisa ular tedung, bisa katak dan racun rumput yang menyerupai simptom virus kencing tikus. Organ dalaman kembali tak berfungsi dan mengalami pendarahan dalaman. Korang tahu tak ape penyakit yang beliau hadapi? Namanya ialah LEPTOSPIROSIS. Pebentu eh?

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Ianya adalah disebabkan infection daripada beberapa spesis keturunan leptospira yang berbentuk lingkaran (Spiral shape) cthnya : binatang seperti anjing, arnab, tikus dll. So manusia akan terkena penyakit ini melalui air kencing haiwan tersebut diatas.


Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.



Tanda dan Gejala :
Kalau korang mengalami simptom-simptom seperti dibawah cepat2 jumpe doktor tau @ kalau korang dh tahu korang termakan kencing pet korang samada sengaja atau tak~ jangan tangguh2 nak tgu dpt simptom-simptom kt bawah ni plak br nak jupe doktor.... Selalunya simptom2 ni akan kelihatan selepas 3-26 hari;

1) Demam yang melampau, badan menggigil
2) Sakit kepala 
3) Badan sakit2 lenguh sendi
4) Muntah2
5) Penat tk berdaya
6) Radang selaput mata
7) Ruam

Rawatan
Hmm.. slalunya kalau cepat g sepital doktor akan enjek ngan antibiotik untuk prevent virus tu merebak ke organ2 penting. Kalau masih baru terkena infection dan cepat5x dapatkan rawatan InsyaAllah bleh baik dan sembuh..tp kalau dh lama sakit baru nak dptkan rawatan hmm..biasenya apa2 antibiotik pun tkleh nak tlg rasanya..:(


Langkah2 pencegahan
Kengkawan semua, pls take note ok..Aku rasa sungguh sedih sbb DB a.k.a Din keringting ni adalah idola aku. Aku adalah biggest fan die tau. Sampai aku nak jemput die jadi penceramah motivasi pelawak jemputan untuk hiburkan kami hari reunion kelas aku 1 May nanti..Aku dh jd fan die dlm FB. Pada aku dia seorg yg animated dan smart. Die juga ada amazing talents sbbnya otak die ligat utk wat org ketawa. Ada je idea die. Selalu pepagi masa g keje aku mesti nak dgr sawan cara dan drama sebabak kt ERA. Lawak abis lah. Kengkawan aku harapkan kita sesamalah berdoa beliau sembuh dan sihat seperti sediakala. Hopefully miracle will happen.


DB a.k.a DK ~ semoga tabah dan sihat semula..

No comments:

Post a Comment